mereka smile bersame cik fara

JOM sembang sini

Wednesday, May 16, 2012

kuih Talam Berlauk Vs Kuih Cara



Assalamualaikum semua!!!!


Last week, Cik Fara ada storykan pasal pergi begkel blogger.. Ala, yang story ckit jea , nah entry nie >>  TEKAN SINI

waktu petang tue kami ada dijamu pelbagai kueh mueh,, waktu adew kueh "Talam berlauk", tapi my fren kate tu "kueh cara"... haa yang manew satu btul????  ok jom kitew siasat.. *ececeh, macam edisi siasat, adew lagi kew citer tue*


ha, ni kueh talam berlauk ^^



ni kueh cara berlauk ^^


sama kan??? ha, tolong explain apa beza dia... Cik Fara dapat bezakan dari segi saiz.. mostly, kueh cara akan berbentuk bujur.




Setelah berpeluh-peluh google, cari jawapan.. kueh talam berlauk selalunya berbentuk seperti yang di atas. sebab ia dimasak didalam talam.. kuehnya memang sedap!!!
nak resepi??


Ok ni, Resepi bagi Kueh Cara Berlauk, try taw.


Cara Berlauk


BAHAN UNTUK INTI 
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.


Nie pula resepi bagi,


Talam Berlauk,


Resipinya
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 sudu tepung cornstarch (jika ingin yang lembek tiadakan bahan ini)
sedkit garam secukup rasa lemak-lemak kuih talam
Sedikit air

Bahan-bahan ini di aduk dan masukan dalam periok di jerang di atas api yang kecil. Keep on kacau sehingga ianya agak-agak memekat. Jangan terlalu pekat ya...nanti bergentel pula talam itu...Setelah ok masukan kedalam bekas untuk di kukus. Tekan tekan sedikit supaya serata, jangan lah tekan mengunakankan tangan tanpa beralas melecur kang...pakailah plastic dan tekan dengan jayanya...

Untuk resipi lauknya pula saya mengikut cara ibu saya. Yakni rendam segengam udang kering sehingga kembang sebelum tumbuk bersama 3 ulas bawang putih dan sebuk lada sula tanpa garam kerana udang kering dan masin.

Hiriskan lada merah dan daun sup lalu di sangar di api yang kecil bersama sedikit minyak sahaja...

Taburkan lauknya di atas talam yang akan di kukus...lalu kukuslah bersama-sama selama 20 minutes dan yakin masak jangan lupa taburkan bawang gorengan untuk menambah keenakan Talam berlauk ini...amin...



konklusinya, kueh talam, berbentuk empat segi, sebab buat dalam talam, dan kebanyakannya dikukus..kueh cara pula, berbentuk bujur... so last week Cik Fara makan kueh cara ^^


Cik Fara nak minta maaf yea, kepada pengemar-pengemar kueh tradisional, mak cik -mak cik, atok- atok sebab Cik Fara tak tau nak bezakan kueh Cara dan kueh talam. sebab Cik Fara  selalunya terus makan tampa selidik nama makanan... 


ok Setakat sampai disini saja,... 
Assalamualaikum..











dah baca, jangan segan LIKE

4 comments :

  1. tengkiu for sharing resepi ni, dah copy paste masuk dlm folder hehe...halal ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. halal lah jaakechik...
      sharing benda yang berguna x slah... hehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. klu kita guna resepi cara berlauk tetapi kita buat style mcm talam berlauk bole x?

    ReplyDelete