mereka smile bersame cik fara

JOM sembang sini

Thursday, May 10, 2012

Cek Mek Molek



                                                   Assalamualaikum semua!!!!!!

haa, lama dah kan Cik Fara tak update, nie semua gara esemen yang berlonggok-longgok, and korang perasan tak blog nie ada masalah teknikal??? kalau tak perasan Alhamdulillah ^^


Malam tadi, setelah mengeyangkan diri, Cik Fara dengan perasaan penuh harapan untuk study bussness statistik, Cik Fara terus melompat ke tingkat 5. sampai sana, wah langkah kanan, Cik Fara disajikan  kuih "cek mek molek"
orang johor kenal tak ^^


    
ha, last week, kali pertama Cik Fara rasa kueh ni taw ^^  sebenarnya kueh nie, dibuat dari keledek ^^, rasa dia macam keria, tau tak kueh keria macam mane?

nie kuih keria ^^

 beza kueh nie, adalah, kueh cek mek molek, gulanya didalam, kueh keria, gulanya diluar... ^^

ha, sasipa yang terliur, nak resepi, selamat mencuba^^

 

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 4 biji ubi keledek
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
  • Inti : gula secukupnya

Cara-cara

  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
  2. *kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat 

OK, SELAMAT MENCUBA, DAN TERLIUR, haha

ok, Assalamualaikum, bye ^^
p/s:Cik Fara tengak kursus blogging, nantikan entry seterusnya ^^





































































dah baca, jangan segan LIKE

2 comments :