mereka smile bersame cik fara

JOM sembang sini

Tuesday, October 18, 2011

SubhanaAllah...Belum Baligh KE bwat cam Tue???

Bayi perempuan baru lahir kena kelar 
Guru temui mayat perut terburai di asrama sekolah

Oleh Mohd Roji Kawi dan Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/10/18


KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam.

Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai.
Berikutan penemuan mayat bayi itu, seorang guru sekolah terbabit membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditahan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Betong.

Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.

“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.

“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.

“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

..
.
.



dah baca, jangan segan LIKE

4 comments :

  1. YA Allah, aku sendiri x sanggup bace kisah ni...

    ReplyDelete
  2. kesian baby tu. ape la. kejam sgguh ibunya. baik nikah gantung je. hehe. mesti suma ni xkn terjadi. hehe

    ReplyDelete
  3. salam BW
    dunia sekarang makin kejam..admin pun terkejut bila baca berita tu. mmg tak berperikemanusiaan lgsg kan..

    ReplyDelete