Cik Fara sekarang syukur sangat,... seperti yang cik Fara impikan sebelum masuk 2012 nak capai 100 follower and now da tercapai pagi tadi... eppy sangat ^^ walaupun blog nie tak sehebat macam blog-blog lain.
see, nak capai 100, terlebih pulek, ke 104.. (4 jea pun) Cik Fara nak bagi tau, Thanx alot pada sesiapa yang follow blog cik fara.. even name blog aku ni pelik semacam.hehehe
harap-harap selepas ni lebih ramai followers Cik Fara.hehe
kali ni, Cik Fara join contest yang dianjurkan oleh !!! Si Budak Kurus !!! Gler Simple kali ni, and masanya adalah terhad.. so, jom join cepat-cepat. Syarat-syaratnye simple macam kat bawah ni, jea.
1) Buat tajuk entri " Dia Komen Blog Aku? "
2) Tulis satu sebab yang korang boleh singgah blog SBK. Contoh :
Tengok entri kawan
Tengok bloglist kawan
Tengok tutorial
bla bla bla bla....
3) Submit link kat kotak komen.
nak tau kenapa Cik Fara selalu singgah !!! Si Budak Kurus !!! sebab, bila Cik Fara bukk dashboard, selalu nampak dia. so, Cik Fara akan bukak blog dia. Totorial yang dibuat jgak best taw...
ok, kalau korang nak taw, and nak kenal sapa Si Budak Kurus meh klik sini ok.. !!! Si Budak Kurus !!!
korang duduk diam-diam jap... Cik Fara nak cerita kejap jea... waktu Cik Fara tengah Blog Walking . tiba-tiba terlalu kat satu kedai online nie... kedainyer sure best, harga cun... kalau tak caya cube korang klik kat banner bawah nie..
dah tgok banner??? ok... kdai online nie bwat 1st give away... hadiah, memang best... kalau menang dapat dress or shwal cun..
ok, jom jenguk, barang apa yang ada dekat kdai diorang...
ok, shwal kt ats nie, hargenye RM8 jea... murah kn...
ok, yang nie lg murah gler RM5 jea...
see, sangat murah, nice pakai, simple jea... diorang adew jual bju jgak mcm kt bwah nie.
baju nie chantek gak... ok, aku pesan awal-awal sesiapa yang bertudung, pandai-pandailah korang mix and match ok ^^... jangan lupe tutup aurat ok...
tengah-tengah pagi Cik Fara dah buat entry.. hehe. Actually Cik Fara sedang menunggu roomateku yang comel tak balik2 dari KL... adoi ai, dah 3 hari dia tinggalkan aku.. Aishh
ha, korang tau tak, apa maksud yang ada pada bunga rose merah.??? (tetiba) adew yang kata "ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah". wah! kelas gitu... and adew yang kate "cinta yang tulus ikhlas, keghairahan and keberanian"
but pada aku yang kurang romantiknye, rose merah melambangkan cinta tulus ikhlas. ha! simple, but nice... Bestnyer kalau dapat!
nak tunggu, cik fara dapat memang berabad, so, cik fara nak bagi rose merah pada sesiapa yang klik link nie.>click sini dear ataupun like fan page kat sebelah..
OK, nie bunga rose untuk kamu
sebenarnya cik fara baru jea buat page, petang tadi so, like banyak-banyak ok^_^
ok, semalam sebenarya Cik Fara xdewklas. sebb kelas hanya 4 hari jea semmgu termasok koko. tapi dekat2 dengan exam, jadual dasyat, dari pagi, petg, malam semuA adew klas. so, semalam baru dapat cuti...
setelah dapat cuti, Cik Fara pegi la dating dengan budak kechik ke Bandar. selalunya bler nak ke bandar kami akan pegi dengan rombongan cik kiah... bersama > ATUL,AINI, YATI, JIJAH tapi kali nie kami berdua jea. sebab mereka semua tak dapat ikot.
Kami telah berdating di Maybank jea pun. haha. serius memg susah dating ngan dak kechik... macm nie
haha, kantoi sudah dating ngan sapew... aishhh. waktu nak pegi bank, budak kechik nie tangan berpeluh-peluh sebab nak keluarkan 100K. tak pasal2 kene perli dengan kakak Maybank kat situ... Aku nie pun satu bukan nak cek borang yang dia isi. RM100>RM100,000,00 jauh tue beza.ha2..
lepas dah setel dengan En.Harimau.. kteorg pun p larh cari bank Islam nak setelkan dwit Toup aq. (kalau nak beli toup, PM me.. hehe).. Puas dok cari rupanya depan mate jea kot. kechik comel, join plak tue ngan Tabung Haji. Berbeza dengan En,Hariamau yang besar berderet tadi.Aishhh
kteorg p jalan bandar memang dok cari bank jea pun. lpas setel semua kteorgpun cari ar tempat makan. disebabkan nak ambil langkah berjaga-jaga, nak makann dijamin sedap, sebb takot xmasok tekak (even dok sini hampir 1 setengah tahon), dan x kene santau n etc.. kami pun decide nak pegi KFC or MCD. Demi x nak salurkan dwit Ke Israel kami pun p larh KFC yang dekat dengan bus10 tue... alangkah kechik ati aku, tgok kechik ayam... sampai terdetik "semua ayam kat Terengganu memg kechik2 kew?" haha... n one thing lau nak makan KFC kt Terengganu P la makan kt Mydin jgn makan kt tempat aku makan semalam ok ^_^ sebab :"<<"
After that kteorg pun balik, menaiki bus Bandar yang chantek!, he2... even jalan dengan bdak kechik jea.. tapi best... walaupun kami sebaya, tapi semalam jalan macam kakak pada NOR AQILA BTE RAMLEE.
hehe.. jgn kechik ati ye
comel kan, dak kechik nie... comel-comel dia pun, striker untuk team futsal kami...
Aiman Azlan????????????Actually itulah persoalan yang bermain di fikiran kawan-kawan aku, nie semua adlah kerana tiap-tiap hari diaorang tengok aku dok like status mamat nie... hehehe
bagi yang dah biasa layan youtube mesti kenalkan... Aiman Azlan nie salah seorng dari mereka yng femes kt u tube mcm >matluthfi, AnwarHadi, AmanWan, this femes gegurl gak. hahaha! >maria elena,
macam macam aku bley kenel semua nie... sebab biler aku tak dew kejew aku akan layan yoube.he2...
jgn terkejut, diaorng nie semua adew blog gak taw!
bagi yang belom kenal meh berkenalan dengan mereka..
1st Aiman Azlan
> my favorite sbb dalam setiap vlog dia dalah mengenai Islam, dalam blog pun gitu... kaklau bkan Fb tgok sttus pun sejuk ati, xdew ar nak maki hamun cam orang len. dekat blog dia sekarang baru habis Cinta Sms, memg best cerita tue...
ok ini dia Aiman Azlan,lelaki Idaman Malaya
2nd, of corse Mat Luthfi...
> dlam vlog akn cakp utara naa... idea dia memg menarik... n bley glak sorg2 dialah org pertama bwat aq gelak sorg2 tgok utube... n then baru jatuh hati pada yg len lain..he2
3rd, of corse Anuar Hadi...
dia selalu speaking dalam video dia... tpi dia nie memg best.. encem plak tue!
ok, persamaan mereka semua yang TOP 3 nie... kesemuanyer belajar kt oversea...Last year memg dapt top 10 untuk youtube kt Malaysia... dia org bwat bkn suke-suke, adew pendpat atau idea yang nak diluahkan melalui video mereka nie..
next are, AmanWan..
aku nie baru jea follow dia punye you tube, lpas tgok video nie..
ala2, Maria Elena.haha! memg lawak weh tgok.. berdekah2... pas tgok nie... aku trus tgok video-video dia yang lain.. Aman Wan nie Antara yang terajin upload video... sebab di dah berjanji akan upload setiap mmgu...
yang kelima of corse... Maria Elena..
yea, yang selalu cakap..." Assalamualaikum, x jawab dose, kalau jawab sayang" n terkenal dengan ketawe berdekah dekahnye... a all yang yang belajar make up n pakai shwal bley ikot dia punye video...
thanx alot kat mereke semua, sebab bler aku boring and ngantok aku akan layan mereka... hahaha..
hari ni secara rasminya cik fara dan ada akaun ChurpChurp and nuffnang... see, kt atas tue dah ada iklan... so rajin-rajin lah korang klik kat situ.. semakin banyak klik, semakin banyak earning... he22
kadang-kadang tertanya-tanya salah ke jadi blogger??? pada aku tak da salahnya. aku pun jadi blogger sebab cari ruang untuk luahkan pendapat dan menrealitikan kreativiti yang aku ada , walaupun tak besar mana.
Ye, .aku tahu, aku hanyalah blogger picisan aku bukanlah abang ben ataupun yuyu , walaupun aku jarang update tapi aku still sayang rendanghangus aku nie ... so orang-orang kat luar janganlah nak mengutuk or bising bila aku ada blog.
but the thing yang diaorang tak tau, semakin diaorang pandang rendah kat aku, semakin kutuk, semakin bersemangat aku, tau... sebab tak elok pikir negatif ni kan...
so sebagai langkah nak buktikan kat orang luar yang aku nie serius jadi blogger aku akan :
sekurang-kurangnya 1 entry dalam seminggu...
doakan yea ^_^
---------------------------------------more love more smile-------------------------------------------------
wah, tajok... kelas ko Fara.. sekarang kt u aku (UNISZA) berlngsungnya Karnival Rakan Muda.. so, macm-macam ar xtvt..(tpi satu pun x join ha22) petang tadi impian nak jadi pom-pom gurl untuk cik rakan baek & busyuk saye CIK NOORAINI HASHIM... tapi.
. . 1st time dalam hidup trsangat ngantuk waktu tengok bola tampar tue... lawak gler... aku yang perasan mate clear gler tlh mningalkan 1 perkara penting untuk menjelma nenek tua ^_^ dengan kekaburan mate & kesilauan cahaya serta ketidakcukupan tidor telah memberi aku pelali untuk tidur... wah serius ngantuk tahap gaban.
sorry Cik Ainiey....(esok x sure bley jd pom2 gurl untuk kamoo)
waktu nx blik ttbe ade membe kate malm nie Heliza datg!!!!!!!!!! dalam hati wawawawa melompat2.... da ar tersangat minat kt dier! waktu nx pergi ke cafe, dimana tempt yang berlgsung malam persembahan ttbe ade suare cik G: heliza nyanyi bukan nyer sedap... wah..... tersentap hati & perasaan aq... n then aq jawab... Cik Fara: well, xpe aq minat dengan personality & kechumellan dier... that the reason why saye sangaaat minat kt dier...
. . . but mmg serius comel gler dier + pakai tudung purple...... untung banget kaum2 lelaki yang bakal memiliki hatinya.. actually td dia jd juri 4 pertndingn kebudayaan.. n esok bru bwat persembhan...selaku duta Rakan Muda... But xdapat pegi next day adew test
Tudung Tweet menjadi projek pertama syarikat penerbitannya
DARIPADA pelakon kemudian menjadi penyanyi, Liyana Jasmay bergelar penerbit pula dengan projek pertamanya ialah menerbitkan telefilem untuk sebuah stesen TV.
Itulah perkembangan terbaru yang dilakukan oleh gadis berusia 23 tahun ini. Ketika nama sedang popular dan usia masih muda, pelakon ini sudah mengatur pelbagai perancangan bagi mengukuhkan kedudukannya dalam dunia hiburan pada masa akan datang. Telefilem bertajuk Tudung Tweet ini diterbitkan syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios sudah selesai menjalani penggambaran yang dimulakan 3 Oktober lalu. Bukan sekadar berlakon, tetapi Liyana turut membintangi telefilem ini dengan memegang watak sebagai Zubaidah.
Tudung Tweet turut menampilkan 20 pelakon dan kebanyakannya bakat baru seperti Mia Nasir, Afiq Muiz dan Izzue Islam. Memang menjadi sebahagian daripada matlamat Mermaid Studios untuk menggilap bakat baru dalam bidang lakonan, katanya.
Menurut Liyana, idea menghasilkan Tudung Tweet timbul selepas melayari laman Twitter dan Facebook yang semakin popular di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Skrip drama ini asalnya diilhamkan Thumb Shuhaimi dan saya. Kerja pengarahan oleh Ghaz Abu Bakar. Saya selesa bekerjasama dengan Ghaz atau Cikgu Ghaz.
Bertanya mengenai apa yang cuba disampaikan di dalam Tudung Tweet, Thumb cuba membayangkan bagaimana gadis yang menjadi perhatian ramai dan nakal berubah menjadi baik selepas dijatuhkan serta kembali berpijak kepada bumi yang nyata.
Pendek kata cerita ini sebenarnya terjadi di dunia dan tak mustahil kita sendiri pernah berdepan dengan senario sedemikian. Mungkin ia bersifat sinis.
Namun lumrah hidup di dunia, kita sebagai manusia biasa tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini, katanya sambil memberitahu Twitter telefilem ini boleh diikuti di @tudungtweet.
Penggambaran Tudung Tweet dijalankan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Wangsa Maju, Melawati dan lokasi utamanya di Asia E University.
>>kongrat too Liyana Jasmay!!! maju setapak lagi dalam bidang hiburan..see berapa besar impak facebook n tWitter.. bermula dari cinta muka buku yg dipopularkan oleh bdak kecik nie>najwalatif dan sekarang twitter, bler lagi Skype yerk???
Ha, nie contest pertama aku join... Superhero pilihan aku adalah SUPERMAK!!!!!.. bio ar orang lain nak pilih superhero-superhero peringkat international.. yang penting I LOVE SUPERMAK.. (kelas ko fara!) waktu 1st episod drama nie dityangkn aku dah gler dan berangan "bestnyer jadi supermak"..
The reason aku pilihsupermak..
100% buatan Malaysia.-sokonglah industri kita sendiri, takkan nak tunggu Shahrukh Khan sokong kot.
Supermak berhati mulia, suke tolong orang & dalam mase yang sama tak lupa tanggungjawab sebagai isteri..
Kuasa yang adew hebat weh- kalau aku dah jadi emak nanti memg nx pnjam kuasa yang ade ktSUPERMAK, dapt kemas umah sepantas kilat, seng kejew nti...
Chummel- sape yang x suke SUPERMAK?? meh cni aq tembak... memg x dinafikan pemilihan Nasha Aziz memg padan,... comel jea supermak walaupun marah, dan risau..
Dunia semakin tak selamt- sebab tueSupermak tue perlu!!!!!!!
aku tak suke cerita animasi, sbb tak real, coz tue aku suke Supermak,
Bayi perempuan baru lahir kena kelar Guru temui mayat perut terburai di asrama sekolah
Oleh Mohd Roji Kawi dan Safuri Kamarudin bhnews@bharian.com.my 2011/10/18
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam. Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai.Berikutan penemuan mayat bayi itu, seorang guru sekolah terbabit membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditahan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Betong.
Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.
“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.
“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.
“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
dulu, update terakhir 20 april, sekarang 19 oktober, dulu, sem 2, sekarng sem 3.. dulu, tunggu lg 3 taun, sekarang lg 2 taon setgh jea, yahoo!!!!!!
dulu, dok blok fatimah, sekarang blok A,
di sinilah aku dulu dan sekarang akan menuntut illu bagi mendapat segulung ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Kewangan Islam. InsyaAllah.. doakan saye yea...
ok, apa yang korang faham mengenai menjadi diri sendiri????
sebenarnya menjadi diri sendiri adlah menjadi diri sendiri dengan segala keunikan yang ada, tanpa mengikuti sesiapa.
para sahabat Rasulullah pun tetap dengan keunikannya masing-masing.Abu Bakar AS, Umar Al Khatab, Uthan Bin Affan, Ali As, juga memliki keunikan sendiri. begitu jugak kita.
kita sebenarnya mempunyai kelebihan yang perlu diselongkar dan di perlihatkn kepada ornag ramai, namun
kita seharusnya yakin terhadap diri sendiri dengan segala kelebihan yang kita ada tanpa meniru sesiapa.
memamg benar kita perlu mempunyai idola, tapi tidak bermakna harus meniru idola. tiada manusia yang sempurna, begitu juga idola kita.mungkin sesetengah perkara kita perlu mengikutinya, namun cuba kita mengikutinya dengan cara anda, kan lebih kreatif...
ok, let be yours self, because is always worth:
1. Jadilah manusia yang berbeza--"we are different but special on our own"
menjadi diri sendiri memang berbeza tapi unik. that ar special one right???? kita perlu akui kita berbeza dari orng lain dan mempunyai peribadi tersendiri.Ini bermakna kita mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain. tapi ingat kita juga mempunyai kelemahn yang tiada pada orang lain. kita perlu ingat tiada manusia yang sempurna, jadi x yah ar nx sebok2 jadi orang lain.Jadilah diri sendiri .Kerana dirimu begitu berharga! =)
2. Merendah dirilah pada tempat yang betul..
Memang betul anda tidak sama dgn orang lain dan, mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..Oleh itu, tak perlulah gelojoh dalam membanding2 kan kelemahan diri anda dengan kelebihan orang lain..Percaya pada diri sendiri,sebab dalam kelemahan pasti ada kekuatan yang kita belum temui..Gali lah kelebihan anda untuk menutupi kekurangan anda..
"jadilah seperti padi yang apabila ia berisi makin ia tunduk"!!
3. Belajar untuk menghargai diri sendiri
Cubalah sedaya upaya untuk berfikiran positif terhadap diri anda..Jangan sesekali cuba membenci diri anda, kerana kelak anda akan mempunyai masalah untuk menghargai diri sendiri.. Apabila terlalu memikirkan kelemahan anda, ia akan menyebabkan anda mempunyailow confident dan stress!! Jika anda tidak mampu untuk menghargai diri anda,bayangkan pula bagaimana dangan orang lain???
4. Izinkan lah diri anda untuk belajar dari kegagalan..
Standard la kawan bila rasa stress dan malu apabila gagal..setiap kali mengigatinya pelbagai perasaan yang tak best wujud dalam diri kita kan..tapi sampai bila kita nak takut untuk hadapi kegagalan..??? Jangan pernah sempitkan minda untuk menjadi manusia yang tidak pernah meletakkan perkataan gagal dalam kamus hidupnya.. hidup ini macam roda kan,kejap kita diatas dan kejap pula kita dibawah..Berhenti lah menyalahkan diri sendiri,dan berilah sedikit ruang dan peluang untuk diri sendiri perbaiki kesilapan yang telah dilakukan..
jika anda inginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda perlu bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan..
(if you want something you've never had, you must willing to do something you've never done)
-Thomas Jefferson-
mereka yang dapat memberi tanpa mengigat dan menerima tanpa melupa,itulah orang yang ikhlas
-Author unknown-
5.bergembira dengan diri anda.
bagi diri anda kesemptn untuk bergembira, just be your self, that free right. bila anda menjadi diri sendiri, diri anda akn gembira. bayangkn bler anda menjadi orang lain. bukankah terkonkong??? semuanya perlu dikawal...