mereka smile bersame cik fara

JOM sembang sini

Sunday, February 26, 2012

MUET bukan MUTE

                                    Assalamualaikum semua


Wah, lamanya tak update!!! last update, citer pasal nie . Kemalasan sangat menebal untuk update. sorry yea..


minggu nie, merupakan minggu kedua,Cik Fara,di Terengganu bagi meneruskan pengajian Cik Fara yang masih berbaki 2 tahun. (adoi ai)  sangat lama bilea terpikir masih berbaki 2tahun...


1st week sampai di Terengganu, dah kene menghadap exam.. Speaking untuk MUET.. disebabkan Cik Fara tersangat suka MUET, (love u lah MUET!) maka menghadaplah buat kali ketiga!!! (bukan 1, 2 tapi 3 taw!) ok, disebabkan nak sangat amex standard sekolah, Cik Fara dan Qila (nak taw sapa dia bace entry ini =>sini telah mendaftar di SMK Teknik Kuala Terengganu.Berbekalkan pengalaman setahun setengah di Gong Badak, kami dapat menemui sekolah tersebut, dengan menunggang motosikal yang berjaya dipinjam pada saat-saat genting... thanx a lot pada semua, akhirnya kami berjaya menduduki exam MUET for Speaking!


1st week kelas, huh... serius tak macam sem 3 dulu, santai-santai tak de klas.. naek sem 4, 1st day masuk kuliah, terus belajar... lagi-lagi kelas business Statistik. opps lupa nak bagi taw... sem nie, subject Cik Fara amex semua subjek yang boleh buat Cik Fara mengigit jari, tambah lagi semua BI, (Cik Fara sangat suka BI!) ok, nie adalah subjek yang Cik Fara ambil untuk sem ni: 



berdasarkan subjek-subjek yang telah Cik Fara daftar, satu subjek jea yang berkenan di Hati, tue pun gamelan! (haha, x masok final lah weh!)bagi melaksanakan tugas sebagai pelajar Cik Fara terpaksa memupuk minat kat semua subjek, supaya adil dan saksama... lagipun ayah cik fara pernah pesan..

Cik Fara : abah, subjek kak ngah susah lah (sambil buat muka)
Abah : nak tak nak kene belajar juga, bukan kira senang ke susah..
Cik Fara : (menunduk muka)

serius, lepas tue terkedu sekejap, and terus pikir positive..And weekend nie, Cik Fara akan menduduki MUET for, writing,reading dan juga listening. 
p/s: doakan yea ^^


ok bye..
Assalamualaikum semua

dah baca, jangan segan LIKE

Friday, February 3, 2012

Gathering D'Gunung Ledang

                                                         Assalamualaikum!!!!!

Cik Fara sangat bahagia cuty sem kali nie!!!  bukan apa, sukew jalan-jalan... cuma jalan kali jew dientrykan.haha...

ok, pada khamis lepas, cik fara dan kawan-kawan telah bercuty di Gunung Ledang. walaupun rancang dalam beberapa hari, tapi tetap menjadi!!! so, kat sini nak berstory sikit...

kitaorang pergi seramai 10 orang, terdiri daripada Cik Fara, Nurul, Roya, Yuni, Mas, Sue, Enot, Apis, Syafiq and Reza... kami semua merupakan classmate waktu form 6, memang lame tak jumpe seramai macam nie.. nak jumpe pun biler ade event macam kenduri kawen... haishh waktu cuty sem macam ni baru jumpe sebab semuanya dah ada haluan sendiri... kelas kitaorang dulu ada 27 jea, yang dapat join hanya 9 orang,setelah ditolak seorang cik Rafiah, tak dapat hadir sebab ade hal.. 

kitaorang pergi memang complete giler kelengkapan..seperti dirancang akan buat BBQ, so, segala alatan kitaorang bawa dari rumah, seperti arang, tempat BBQ, tikar, ayam , nasi goreng, Fish ball, sosej, bola, and pelampung!!! so, setelah bawak barang yang banyak, nak mendaki amatlah berat dan penat, tak pe, tapi berbaloi..
best!!!!
setelah penat mendaki, dan sampai ke tempat strategi, maka bermulalah operasi menghidupkan api untuk membakar BBQ dan menyediakan bahan untuk dibakar... setelah penat, apalagi, bergilir-gilirlah kami membakar dan menikmati nasi goreng yang telah disediakan oleh yuni, even pedas, tapi sedap!!!! ayam yang telah diperam oleh sue pun sedap!! bley buat bisness weh!

setelah siap semua, apalagi masuk air lorh!!! saat paling dinantikan semua.. oleh sebab hari bekerja and bukan cuty umum, so memang tak ramai orang, so, space nyer besar sikit, untuk bemandi manda..so, bermula lah acara main bola, berita, tahan nafas dalam air... and macam-macam ar...even kami dah besar, tapi pelampung still ada.. haha.

mereka yang gila gambar!

walaupun, sehari sajea, tapi still memorinya sampai bila-bila.. harap cuty sem depan kita dapat plan pergi tempat lagi best, and dapat kumpul lagi ramai..InsyaAllah!


dah baca, jangan segan LIKE